DIARI HAMIL UMMIERNA : EPISOD 1 - Kehamilan Trimester 1

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Sejak dari awal erna tahu yang erna hamil, ada bermacam-macam perasaan yang datang. Itu nantilah erna akan kongsikan dalam entry yang lain. Sebab memang ada terfikir nak sediakan satu entry khas untuk kongsi perasaan kami suami isteri selepas kami di jangka bakal terima anak kedua pada bulan Julai nanti. Antara ayat suami yang paling erna ingat adalah.."kita kena excited terima adik iman sama macam kita terima berita kehadiran iman dalam hidup kita dulu." banyak kali sebenarnya suami ulang ayat yang sama. Biasalah..baru-baru dapat tahu diri ini hamil, macam-macam perasaan ada.

Jadi, untuk kehamilan kali ini..erna buat keputusan untuk sediakan DIARI HAMIL UMMIERNA dan semuanya akan tercatat secara episod dalam blog kesayangan erna ni. Dulu, masa abang iman..memang erna ada berkongsi week by week perjalanan kehamilan erna. Istimewanya kehamilan kali ini, erna akan kongsikan pengalaman hamil erna bersama Shaklee.

Episod pertama ini, akan bercerita perihal Trimester 1 kehamilan kedua erna. Kehamilan kalini jauh berbeza dengan pengalaman hamilkan abang iman dulu. Ibu cakap, setiap anak..kita akan lalui pengalaman yang berbeza. Kalau dulu, masa hamilkan abang iman..erna sangat kuat. Boleh relax jalan ke kelas. Tak ada rasa hamil langsung dan tak ada masalah letih, lesu, sakit apa-apa pun tak ada. Makan semua pun berselera bukan main. Tak macam orang hamil pun. Dulu kan, masa hamilkan abang iman..erna masih study dan berada di tahun akhir UniMAP. 

Di awal kehamilan erna rasa semacam je badan. Suhu badan tak menentu. Badan cepat rasa letih dan paling tak percaya..erna kerap rasa loya tekak. Jadi, erna tak berlengah-lengah dan terus buat keputusan untuk serius serta konsisten amalkan Set Kehamilan Shaklee Trimester 1. Anak yang di kandungkan ini juga dapat khasiat dari awal dengan produk kesihatan Shaklee. 

Semestinya semua ibu yang hamil ingin berikan yang terbaik kepada anak yang di kandungkan. Samalah juga dengan erna. Bezanya kehamilan kalini, erna rasa beruntung sebab erna telah mengenali Shaklee dan setiap hari erna tak akan lalai untuk pastikan pengambilan nutrien penting untuk badan diambil dengan konsisten. Jika wanita tidak hamil pun memerlukan makanan tambahan ataupun supplement, inikan pula jika anda adalah wanita hamil. Extra nutrien dan zat yang di perlukan oleh anda. Lagi-lagi erna ibu hamil dan dalam masa yang sama, erna masih menyusukan abang iman yang mana di awal kehamilan erna, usia abang iman lebih kurang 19bulan = 1tahun 7bulan. Berganda nutrien serta zat erna perlukan untuk memastikan kami betiga iaitu, abang iman, adik iman dalam kandungan dan ummi sendiri tidak kekurangan zat. Tuff kan? ^__^

Dibawah ini erna senaraikan SET KEHAMILAN SHAKLEE TRIMESTER 1 yang erna amalkan. Jom kenali satu per satu.


Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Membantu ibu untuk menstabilkan bacaan HB. 

Pengambilan Vitalea bersama Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum. Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi. Selepas sarapan setiap pagi, erna akan ambil Vitalea bersama Vitamin C serentak.

2) Sustained Release Vita-C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebiji vitamin C shaklee 553mg adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren. Sanggup ke kita ni nak makan buah oren sampai 6biji sehari? 

Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Itu yang di panggil Sustained Release Vita-C. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C yang kita makan terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C yang kita makan, sepenuhnya sepanjang hari.

3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 8kumpulan Vitamin B yang di maksudkan adalah, thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. 

B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Selain itu, untuk mambantu mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1. Bcomplex juga menukar gula dalam badan kepada tenaga. Jadi, pastikan makan bcomplex selepas makan ye. Adalah gula yang akan bertukar kepada tenaga dan kita pun cergas je sepanjang hari. 

Owh ye..lagi1 nak bagitahu ni..riboflavin dalam B kompleks tu la yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. Jadi, jangan risau bila makan bcomplex dan buang air jadi warna kuning sangat. Kena banyak minum air masak urin akan putih macam biasa.


ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan. Merupakan non-GMO soya iaitu pembersihan soya tidak dilakukan dengan alkohol. Ia mengenyangkan dan merupakan sumber pemberi tenaga yang segera. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 

Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

ESP sangat membantu erna kerana erna masih menyusukan iman walaupun hamil. ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

Sekarang dah masuk trimester 2. Sebab tu ada Omega. Inilah vitamin yang erna ambil setiap hari.


ESP wajib juga setiap hari. Nanti erna share resepi ESP lazat. Eh, dah ada rasanya dalam blog ni. Nanti erna godek dan share ok ^___^

Ok, terima kasih semua yang sudi baca entry ini hingga habis. Syukur..sekarang erna dah masuk trimester 2 kehamilan adik iman. Nanti erna akan share lebih banyak lagi pengalaman serta info dalam entry episod akan datang ye. 

Doakan kehamilan erna yang berbaki lebih kurang 6bulan lagi ini sentiasa selamat, dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin

Abang iman, adik iman, ummi sayang kalian berdua! Jadi anak-anak baik soleh solehah ok! muuah!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment